✿◕‿◕✿ About Me

Friday, April 5, 2013

RESIPI SEMASA PANTANG - PEGAGA MASAK LADA HITAM


PEGAGA MASAK LADA HITAM

Bahannya:

  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam


Caranya:
1. Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
2. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.
3. Biar pekat.
4. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

RESIPI SEMASA PANTANG - TURI MASAK ASAM REBUS


TURI MASAK ASAM REBUS

Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Bahannya:

  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah


Caranya :

  1. Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. 
  2. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah diangkat.


Thursday, April 4, 2013

Berbeku . BbQ

Ntah kenapa sekarang melonjak2 keinginan nk buat mcm2 perkara :) antaranya adalah nk berbbQ dgn adik beradik semua serta saudara mara.. Sejak pemergian arwah abah setahun lalu kami xpernah pon buat. Dulu hobi arwah adalah jemput semua sedara mara berkumpul di kampong mama di felda trolak selatan dan kami akan membakar2 ikan2 subgai seperti kegemaran arwah... Ikan keli.. Ikan pelotan.. Ikan mcm2 sya pon xtau nama yg ada tulang2 Y tu hehehe sya xminat tu xingt nama.. Plus air adam cicah yg arwah abah buat sgtttttt sedap... Rindunya ... Nak biat lgi... Huhu







RESIPI SEMASA PANTANG - LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH


LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH

Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu…

Bahannya:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah


Caranya:

  1. Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Atok Legend! - Unchained Melody

menu santapan telingaku pagini
hebatttnyaaa atok ni ... meremang bulu romaku pepagi ni... layan plak tu. 2 3 kali spin :D


Wednesday, April 3, 2013

Bertahan lah wahai hati...

Wahai hati...
Jangan midah terluka
Ampunkan lah dia
Kerana tiada syurga buatmu
Tanpa dia


AMALAN IBU MENGANDUNG DAN MENGUATKAN RAHIM



1) Membaca ayat2 selusuh.

2) Untuk mudah beranak: Surah Maryam.

3) Untuk cantik: Surah Yuusuf.

4) Untuk cerdik: Surah Luqman

5) Untuk kuatkan rahim: as Soffat - khususnya kepada ibu yang selalu keguguran.

6) Untuk banyak susu: al Hujuraat

7) Untuk anak kuat iman: al Ikhlas

8) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / doktor: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

9) Kuat agama / ulamak: Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak.Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

Sebolehnya biarlah si ibu yang amalkan... atau boleh juga ayah yang bacakan.. atau paling lekeh pun belilah cd ayat2 al Quran terbabit dan pasangkan secara rutin di rumah... Gantikanlah lagu2 laghaa dari radio dan rancangan hiburan di rumah dengan alunan serta lantunan bacaan ayat suci al Quran atau untaian selawat @ gasidah sentiasa DI RUMAH ANDA!!!

Info untuk para wanita : Kenapa lovebite berbahaya?


ini fakta bukan mengata k ^^

Kenapa lovebite berbahaya?


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia
44 tahun telah lumpuh selepas terkena
serangan sakit jantung akibat daripada
lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya.
Wanita itu (nama tidak dinyatakan)
dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland
apabila mendapati dia tidak mampu
menggerakkan tangan kirinya selepas
kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki
wanita itu telah terkena serangan sakit
jantung. Walaupun mereka tidak
mengetahui punca sebenar penyakit wanita
itu pada awalnya. Mereka kemudiannya,
memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan
lovebite dibadannya. Dan dari kesan
lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca
serangan sakit jantung tersebut.
Sebenarnya lovebite yang terhasil tu,
menyebabkan pembuluh darah rosak dan
mengakibatkan pembentukan darah beku.
Darah yang telah beku tadi mengalir ke
jantung dan boleh menyebabkan strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan
masing masing. Jangan sampai lupa diri,
nanti ada yang merana baik lelaki atau
perempuan. Jangan disebabkan expressi
cinta, ada yang maut


"Because Your Wife DOES NOT WORK....???"



A husband complains for feeling tired... tired and tired.... and wants his wife help him on earning money by also working, because so far he thinks that his wife is 'not working'.

Following are Question and Answer between The Husband (H) and The Psychologist (P):

P : What do you for a living Mr. Bandy?
H : I work as an Accountant in a Bank.

P : Your Wife ?
H : She doesn't work. She's a Housewife only.

P : Who make breakfast for your family in the morning?
H : My Wife, because she doesn't work.

P : At what time your wife wake up for making breakfast?
H : She wakes up at around 5am because she cleans the house first before making breakfast.

P : How do your kids go to school?
H : My wife take them to school, because she doesn't work.

P : After taking kids to school, what does she do?
H : She goes to the market, then go back home for cooking and laundrying clothes. You know, she doesn't work.

P : In the evening, after you go back home from office, what do you do?
H : Take rest, because i'm tired due to all day works.

P : What does your wife do then?
H : She prepares meals, serving our kids, preparing meals for me and cleaning the dishes, cleaning the house then taking kids to bed.

From the story above, who do you think work more???

The daily rounities of your wives commence from early morning to late at night. That is called 'DOESN'T WORK'??!!

Yes, Being Housewives do not need Certificate of Study, even High Position, but their ROLE/PART is very important!

Appreciate your wives. Because their sacrifices are uncountable. This should be a reminder and reflection for all us to understand and appreciate each others roles. Understanding and Appreciating each other will make each person feel Happy.

Remember also that our Prophet (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to help his wives on house working:

It is narrated on the authority of Abu Hurayrah (radiyAllaahu 'anhu) that he said: I asked 'Aa`ishah (radiyAllaahu 'anha) what the Messenger of Allah (SallAllaahu 'Alayhi Wa Sallam) used to do in the house. She said: ► "He used to help with the housework and when it was time to pray he would leave for the prayer " [Al-Bukhari: 676]

#WeChat - fenomena baru

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Applikasi WeChat
Mungkin ada diantara anda yang tidak mengetahui mengenai Aplikasi Instant Messenger (iM) iaitu WeChat.

Ianya sama seperti Whatsapps tetapi anda tidak perlu dedahkan no telefon anda kepada semua kenalan.

Ianya lebih kurang sama dengan BlackBerry Messenger (BBM) dimana anda hanya perlu berikan id anda sahaja.
Terdapat beberapa fungsi yang menarik, dimana pengguna WeChat yang lain boleh add anda di WeChat mereka dengan hanya scan QR code yang mengandungi id WeChat anda.

Terdapat juga fungsi seperti "Look Around" untuk mencari rakan-rakan yang menggunakan WeChat disekeliling anda.

Ianya boleh diinstall pada iPhone, Android Phone, Window Phone dan juga phone yang menggunakan platform Symbian OS.

Anda boleh juga add saya di WeChat id : etoi_kozek


Mari kita ramaikan komuniti Jom WeChat di Malaysia ini.






tQ maksu Mona dan Makngah Malin

Sweater baby drpd maksu mona dan makngah malin dri vietnam

isnin lalu 25 Mac sampai la ke 29 Mac maksu dan makngah  pegi cuti2 malaysia ke vietnam... kemain mereka ye hehehe... rombongan sekolah kak malin. si mona pula ikut sbb nk cari baju utk nk kawen bulan 12 nnt. aku yg disini tumpang happy la sbb macam2 di plan mereka utk beli buat kami termasuklah kain pasang utk dipakai pada hari kawen mona nnt A.K.A baju raya kami nnt la.... dan encik suami dah minta mereka carikan baju baby yg cute2 dan susah jumpa disini..... memandangkan waktu mereka pegi ni baby masih xdiketahui jantinanya maka tgk la dibawah ni apa yg maksu dan mak ngah baby belikan tuk baby hehehehe......

SWEATER CUTE sgtttttt.... hehehee.... UNISEX katanya.... heehehe... tQ Maksu tQ mak ngah.... baby suka baby suka... mama dan baba pon suka hehehe.....

nnt jejalan mana2 lgi jgn lupa baby ye ehehehe....


Checkup baby kali ke#9

Jommm checkup bby... Si mama still demam dan selsema cam air trjun hahaha...

check up baby lagi.... suka suka suke..

Harini hari Rabu 3 April 2013
harini akan berlangsung checkup baby di klinik desa paya rumput seperti biasa aku punya appointment mestiii lambat. Tu yg aku suka tu sbb aku dah siap2 ckp pada nurse tu yg aku suka dtg lambat so xpayah la tunggu lama2 beratur kan. kalau x mak oiiii ramai tau nk tunggu. so as u guys can see timing aku pon dah siap2 dia noted jam 11AM hahahaa... mcm VVIP lak rasa... tpi org dah kasi lambat pon still terlewat juga.

semuanya sbb malam tdi aku xdpt tido lena. baby sgtttt acttive plus... baba dia pon active kemain berdengkur sampai aku xble lena huh!~` sereangan bertubi2 namanya tu :D hahahaaa....
so as usual pagi2 tu bangun tunggu husband pgi kerja then sambung tidooo la hahahaa... kain dah siap2 spin dalam washing machine konon2 sebelum pkol 930 aku bangun la sidai baju bagai then trus pgi klinik dor checup but u guys guest wat??????
hahahaahaha.....
aku terlewat bangun la hahahaa... jam 10.40AM baru aku terjaga... boleh gitu???
so sepantas kilat aku bingkas bangun dan mandi..... setle mandi aku siap2 tpi.... perut amat2 lah lapa so makan dlu.... n ttibe baru perasan masa berlalu pantas jam dah tunjuk pukul 11.10AM pulak hehehe...
so rushing basuh2 tangan dan minum trus bingkas ambil phone dan hand beg. baru aku perasan akan miscall di phone aku. no yg xdikenali tpi starting no : 06-556 3168
soo.... aku trus terfikir yg OM MY TUHAN..... klinik dah call...... which is aku mmg dah lmabat ni.. hahaha
so cite banyak pon xguna aku just start kereta then RUSHHHHHHH to klinik :D
sesampai di klinik...... nurse2 kt kaunter tu just pandang aku dari jauh lgi... haha aku paham la maksudnya tu. malas nk dgr kot2 depa nk marah aku pon trus letak Buku Merah atas kaunter dan tekan number then trus masuk toilet dan "pee" hehehe......and settle trus tunggu kt kerusi utk ambil darah.
usaha la aku xmo nurse komen apa2... konon2 aku sihat je baby pon ok je.... tpi...... rupanya HB aku drop pulak.... hurm... nurse dah dpt trace aku xambil pil vitmamin secara regular uhuhu... so kene la lecture skit hehee... padan muka aku...
ok tpi kalini aku rasa btol2 xbagus la utk baby sian baby aku kan... so selepas ni aku decide akan BERUSAHA KERAS UTK MAKAN VITAMIN2 NI SEMUA SETIAP HARI :D Insyaallah... 


RESIPI SEMASA PANTANG - SUHUN PEKAT


SUHUN PEKAT

Bahan-bahannya

  • 300 ml air
  • 50 gm suhun.
  • 30 gm halia – di hiris.
  • 3 ulas bawang merah – di hiris
  • 2 ulas bawang putih – di hiris
  • 1 sudu air asam jawa.
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Garam secukup rasa


Caranya:
1. Masak semua bahan di atas api sederhana besar.
2. Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.

Tuesday, April 2, 2013

RESIPI SEMASA PANTANG – SUP LOBAK PUTIH (2)


SUP LOBAK PUTIH

Bahannya:

  • 500 ml air
  • ½ batang lobak putih – di kerat setebal ½ sm
  • Sedikit lobak merah – di hiris halus
  • Sedikit daun kucai – di potong pendek
  • Garam secukup rasa


Caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan lobak putih dan rebus hingga empuk
  3. Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam.
  4. Biarkan seketika sebelum di angkat.

RESIPI SEMASA PANTANG – SUP LOBAK PUTIH


SUP LOBAK PUTIH

Bahannya:

  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa


Caranya:

  1. Didihkan air dalam periuk,
  2. kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama.
  3. Sedia untuk dihidangkan


Monday, April 1, 2013

KALENDAR PUASA SUNNAH 2013

Salam semua :)  

KALENDAR PUASA SUNNAH 2013. 

Mari sama2 kita amalkan. :)


RESIPI SEMASA PANTANG – SUP SAYUR - SAWI BUNGA/LOBAK PUTIH/KAILAN/CARROT


SUP SAYUR - SAWI BUNGA/LOBAK PUTIH/KAILAN/CARROT

Bahannya:

  • sayur
  • air
  • bawang putih
  • daun sup
  • minyak bijan


Caranya:

  1. tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak,
  2. masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran.
  3. setelah mendidih, masukkan daun sup
  4. titiskan sedikit minyak bijan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace