Buku yg jadi peneman aku malam
Ni sebelum tidooo... Heehehe
Title : SOHO ( small office, home office))
Nak buat sesuatu kne ada ilmu kan... Harap2 apa yg aku impikan akan jadi kenyataan... Aminnnnn
✿◕‿◕✿ About Me
Tuesday, November 29, 2011
Sebelum tido
Posted by Unknown at 2:53 PM 0 comments
Labels: cerita LUCU, facebook, HOBI, ME MYSELF AND I
Thursday, November 24, 2011
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami dan Isteri di Akhirat Kelak?
entry kalini saya dapat dari http://www.informasi.my.... dah beberapa hari saya mencari jawapan dari persoalan ni dan akhirnya saya bertemu dan alhamdulillah kini saya faham... ni saya saja nk share dengan anda semua apa yg saya jumpa..jawapan yg sgt bermakna buat saya sbb setelah sekian lama persoalan ni bermain2 diminda sbb setahu sya masa belajar dlu ustazah ckp akan 1 perumpanaan
Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
(Bukhari & Muslim)
persoalan yg berada dlm benak fikiran aku :
wanita ni terjadinya dari rusuk kiri lelaki yg merupakan suaminya di syurga..jadi sya dok bertnya2 la..kalau si wanita tu kawen banyak maka siapakah yg bakal meneman dia nnt di syurga dan siapa empunya rusuk tersebut (imaginasi kanak2)
jadi jawapan ni sgt2 releven... sya tnpa malu mmg mengaku sya agak naif isu2 agama dan dlm proses untuk memperbaiki diri.
1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Posted by Unknown at 1:03 AM 0 comments
Labels: dalam negeri (ISLAM), HEARTLESS, hubby ku sayang, luar negeri (ISLAM), ummiku sayang, UTUSAN RAJA SEHARI
Friday, November 18, 2011
AKU MAAFKAN KAMU - Malique featuring Jamal Abdillah
ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak
(seperti sinario kita skrg ni........ :) kalau xpaham cuba lihat keliling)
lirik kedua pula aku teringat kan seseorang yang sehingga hari ini tidak mahu melepas kan aku dari igauan silam :
aku maafkan kamutak perlu kita bertemucukup kau tahuyang akumaafkan kamutolong teruskan hidupjangan sebut namaku
so ni aku update kan utk kalian dengar dan hayati lirik nya :D
adios :D
__________________________________________________________________
TITLE: AKU MAAFKAN KAMU
Artiste: Malique featuring Jamal Abdillah
Lyrics: Malique
Music by: Tripdisz
Produced by: Malique for Qarma Musiq
__________________________________________________________________
aku minta maaf di atas segala perbuatanku. ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
(intro) (jamal abdillah)
ada teratak di hujung kampung
bawah cermin kopak ada kotak
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak
(chorus) (jamal abdillah)
aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu
cukup kau tahu
yang aku
maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku
verse 1 (malique)
atur sepuluh daktil batal yang batil
detik dua usul ditutup satu lagi tampil
dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
minta diisolasi dari dalil busuk jahil
aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
mana cepat terbang atau warna gelang tangan
buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
halusinasi susuli ketandusan ihsan
ubat parut auditori kesan artileri insan
gagal dikesan
chorus
verse 2 (malique)
timbul tenggelam, timbul tenggelam
acapkali terpendam, acapkali tersergam
cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
ini bukan lagu rindu ini madah dendam
kutimbang tanpa neraca di awal usia
kudihukum masuk neraka oleh manusia
minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
maafkan mereka, mereka tidak tahu
mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
mereka tidak fasih malah fasik guna kata
kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
maafkan mereka, mereka tiada nilai
ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
(sample)
kenapa awak tak pukul mereka?
saya tak suka pada keganasan
chorus
verse 3 (malique)
jangan ahli sihir seru nama maharaja
nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
kalau terpelajar sila guna hak miranda
pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
mereka mula kiri, aku kanan bila baca
sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(alif)
ada teratak di hujung kampung
(ba)
bawah cermin kopak ada kotak
(ta)
tersembunyi dalamnya ada tempurung
sembunyi bawahnya katak melalak
2x
(outro + chorus)
(sample)
ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Posted by Unknown at 2:01 PM 0 comments
Thursday, November 17, 2011
DONT GIVE UP....... BANGUn..... Bangunnnn~......
harini aku buka fb dengan harapan nk cari kerja. lalu dlam sebuk meneliti beberapa page yang berkaitan dan berchatting dengan kawan andai ada lubang kosong tetibe aku terpukul dengan 1 artikel yang sangat memikat hatiku. disaat aku benar2 down syukur allah masih sayang kan aku dan telah membuka mata ku agar aku tidak putus asa. disini aku copykan utk kongsi dengan rakan2.
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
credit to : Melayu Boleh
Posted by Unknown at 1:56 PM 0 comments
Labels: dalam negeri (ISLAM), HEARTLESS, ME MYSELF AND I
3D Printer
Sukar nak diterima apa teknologi yang ditunjukkan dalam video ini. Kalau bukan video ni ada cop National Geography punya rancangan, kami pun tak percaya.
via: www.ohmedia.my/fb
Embed this video: http://tinypaste.com/ca9526e1
Posted by Unknown at 9:20 AM 0 comments
Labels: LUAR NEGERI, RENCANA, technology
Saturday, November 12, 2011
Majlis tunang..... Kawen dan sebagainya
Salam all...
Hurmmm penat badan masih xhilang lgi ni 1st tume drive jauh dari melaka smp ke kedah hahahaah.... Semperna pertunangan sepupu kami di kampong... Balik kampong kalini suasana sangat meriah... Mereka sambut kami mcm tetamu istimewa sgttt rindu masa arwah wan dan tok ada lgi dlu... Abah antara anak kesayangan sbb dri kecik dia je anak yg belajar di luar negeri so kami dri kecil bila balik kmpong mmg dpt layanan yg lebih sehingga ada yg sedekit cemburu dgn kami... Tpi tu dlu.... Selepas pemergian arwah berdua keadaan agak hambar.... Sehingga kami rasa x dialukan bila balik ke kempong. Masing2 buat hal masing2 dan kami mcm menumpang ja setiap kali balik tpi alhamdulillah setelah semua nya dah besar2 keadaan kini makin ceria... Kami generasi kedua sedang betgiat nak menuatukan kembali kesmua anak cucu ciicit haji darus dan hjah aminah yg dh lama bermasam muka antara satu sama lain....
Pelbagai agenda dan aktiviti yg sedang dirancang di meriah kan lgi dengan kehadiran org2 baru dlm family kami dimana musim ni kami namakan "musim bercinta" sbb ramaiiiiii yg akan kawen dan bertunang.. Jadi ahli keluarga kami akan lebih mmbesar dan lebih meriah insyaallah...
Selepasajlis pertunangan "dek yon" ataupon nama sebenarnya nurul hidayah marlena berlansung pak ndak ayah kepada yon mula mengatur agenda2 seterus nya dan agenda tu sgt menarik pada aku... Dan sangat bernas.. Nampak beliau ikhlas utk cuma menyatu kn kami semua kembali... Bermula dengan family day pada dec nnt... Xsabar rasanya... Hahahaha agenda yg sgt mantap... Aku doakan kita sekeliarga dpt bersatu kukuh mcm masa arwah ada dlu... Insyallah... Dan buat yg masing2 nak tmbah ahli dlm keluarga ni aku doakan kebahagian kalian dunia akhirat :)
tahniah buyun dah jadi tunang org dah ko :D |
achik chom, buyun, tok chu teh dan adik(anak mak lang) |
Posted by Unknown at 12:42 AM 0 comments
Labels: Family
Tuesday, November 8, 2011
Monday, November 7, 2011
Wednesday, November 2, 2011
:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
T_T credit to : 'Nurul Fazlieanna'
Posted by Unknown at 12:03 PM 0 comments
Labels: dalam negeri (ISLAM), facebook, hubby ku sayang, luar negeri (ISLAM), RENCANA