Monday, September 5, 2011

martabak meggie utk minum petang





menu minum petang sorg2 dirumah ni gara2 dah xlarat nk makan segala sajian raya .... hahaha.... 


 menu : martabak meggi :D

cara nak buat nya simple sangat2

bahan :

  1. 4 bungkus meggie kari (4 hidangan)
  2. 2 - 3 biji telur (ikut gred)
  3. 150gm daging cincang
  4. 1/4 sayur kobis (cincang halus)
  5. sedikit garam
  6. sedikit serbuk perasa
cara:
  1. tuang sedikit minyak didalam kuali nipis.
  2. tuang kan daging + perasa meggie kari +secubit garam (perasa dah masin)
  3. goreng dalam 5 minit hingga air daging kering
  4. angkat kedalam mangkuk yg beraisingan
  5. rebus meggie bersama air menyikut sukatan pada paket maggei tersebut hingga kembang
  6. tos kan meggie dan tuang ke dalam mangkuk berisi daging cincang
  7. masukkan kobis cincang bersama
  8. ambil telur dan pecah kan didalam mangkuk lain dan pukul kembang
  9. setelah telur kembang masukkan telur kedalam mangkuk daging dan maggie tadi
  10. gaul kan rata
  11. panas kan kembali kuali nipis dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
  12. gunakan senduk besar sebagai sukatan dan masuk kan meggie yang bersalut telur dan daging kedalam kuali ( 1 senduk)
  13. rata kan didalam kuali dan goreng hingga garing. balik2 kan hingga masak
  14. ulang langkah 11 dan 12 hingga semua adunan dalam mangkuk habis
  15. boleh hias dan hidang kan

selamat mencuba :D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace