klik to enlarge
terkejut dgn isu ni? aku ditawarkan utk join group "SAYA BENCI KEPADA ORANG YG MEMBUANG BAYI" di dalam FB. itu membuat kan aku terusik utk menulis....
aku xtahu ape yg mereka pikir kan... buan bayi..adakah ini jalan penyelesaian... hurm.. pada aku hanya yg buntu sahaja yg sanggup buat begini... perkara yg sama hampir terjadi kepada pelajar ku... mereka mmg telah buat salah dan telah di balas dosanya dinunia juga.. tpi kita yg disekeliling ni juga harus peka terhadap mereka disekeliling kita.. mereka mmg malu utk bercerita dan berkongsi rasa jadi tugas kite utk lebih peka... hurm.... BUANG bukan cara nya... byk lagi org diluar sana yg ingin kan anak itu.. dan dah byk kini pusat2 pemulihan dan pusat jagaan utk wanita2 teraniaya.... pada aku pendedahan pusat2 ini juga harus semua amik tahu..
mcm aku ckp.. perkara ini terjadi pada pelajar aku si "A"... aku tahu tntnag kandungan nya ini pun waktu tu dh 8 bulan lebih sbb salah sorg dari rakan mereka yg dah xmampu menyimpan rahsia ni.. aku mmg nmpak perbezaan kepada A tpi aku xrasa yg die ni mengndung ini kerana pada aku die bukan lah seorang yg kuat bersosial dan pada aku perktaan pertama yg muncul adalah " xmungkin......~"...baru nov aritu kami pergi mendaki bukit.. memandi manda laut dan mcm2 aktiviti lasak... jadi bila dpt tahu tergamam sedey pilu hati aku kerana pelajar dalam jagaan aku dan bimbingan aku yg menghadapi dugaan ni... dan yg paling menyedih kan dia sendiri menanggung beban ni.. jantan tu ntah kemana.. balik rumah semalaman aku menangis sbb rasa kecewa dalam diri sbb gagal dalam mendidik A sehinggalah dia jadi begini... keesokkan hari nya aku menelefon A utk berjumpa tiada jawapan sehinggalah hari ke 3 barulah dpt dan A dtg berjumpa dgn ku..aku dan rakan sekerja ku panik kerana kami masing2 xpernah alami situasi begini.. dlu2 ade la kawan2 hadapi situasi cmni tpi xde plak kami take port... bile jadi cmni.. kami dok pkir.. ape nk buat nk bantu ni? parent budak ni nk kasi tahu ke idak? nk beranak kt mane? mcm2 la...... A smpai dan kami berbual.. A mencerikatakn semuanya kepada kami... barulah aku tahu rupanya A sudah hamil sebelum dia masuk belajar disini.. pada hari A masuk kesini kndungan nya tlh berusia 2 minggu... setelah mendengar berita itu aku dan rakan agak lega kerana maknanya perkara ini bukan lah terjadi dalam tempoh penjagaan kami... tpi dalam lega itu kepada masih lgi berkecamuk sbb..... kami masih buntu xtahu nk buat ape.. akhir nya kata sepakat utk kami berterus terang kepada pengurus utk minta bantuan dan nasihat maklum lah kami berdua rakan sekerja ni masing2 xkawen lgi so.. buntu... setelah jumpa pengurus dengan tenang die cuba menenangkan A, pada ketka itu aku lihat pengurus kami dengn tenang sekali mengendalikan situasi itu.. kagum sgt... pengurus terus mencapai telefon dan menelefon seorg kenalannya dan dia telah di menyaran kan utk dimasukkan A ke pusat penjagaan wanita2 malang. pth iyu juga pengurus bawa A pergi klinik dan buat check up dan scan. bayi dalam keadaan baik. temu jnji telah dibuat dan pada tarikh yg di jnji kan A telah pengurus kami hantar ke sane... dalam tempoh seminggu A telah dimasukkan ke GH kerana bayi nya tidak lgi bergerak. doc mengesahkan jntung bayi ada masalah dan sukar bernafas sendiri.. makanya jika denyutan jntung dan bayi masih kurg bergerak maka A harus diberi ubt utk melahirkan secepat mungkin.esoknya A melahir kan seoarang bayi lelaki yg sihat dan cukup sifatnya akan tetapi dia tidak mampu bernafas sendiri.. bayi tersebut dimasukkan kedalam NICU dan diletakkan dalam ikubator... hari ini 16 feb.. sudah genab seminggu usia nya tpi sehingga kini kami masih belum boleh lihat bayi tersebut hanya ibu nya sahja yg boleh meilihat... tpi pada pukul 3 ptg tdi A menelefo saya dan menyatakan bahawa doc mengesahkan bayi tersebut kemungkinan 50-50... hmpir gugur jntung saya... seketika itu terfikir die minda saya.. kalau lah saya tahu dari awal tntu saya akan jaga A dgn baik .. berikan vitamin dan rawatan yg seharusnya diterima dan mugkin bayinya kini shat dan selamat... dikesematan ini saya menyeru semua yg membaca doakan bayi tersebut yg mungkin akan dinamakan dengan nama adam daniel bin abdullah ini selamat dari bahaya dan hidup sehat sejahtera seperti bayi2 yg lain. adam telah dapat keluarga angkat nya hanya tunggu adam sihat dan boleh keluar utk idup bahagia..
ADAM, CPAT SEMBUH SYG SEMUA SYGKAN ADAM...SEMUA TUNGGU ADAM...ADAM DIALU2 KAN DISINi.... JGN PERGI YA SYG...
p/s: KEPADA SEMUA DILUAR SANA..BANTU LAH IBU2 MALANG INI KERANA MEREKA KAADANG KALA TIADA NIAT BERBUAT BEGITU MEREKA HANYA BINGUNG DAN TERTEKAN MAKA KITA YG WARAS INI HARUS LAH PEKA. DAN KEPADA SEMUA LELAKI INGT LAH HARI INI ANDA BUAT MEREKA KAUM2 AWA INI DERITA MESCAYA ANAK IBU KAKAK ADIK DAN SIAPA SAHAJA DALAM ALIRAN DARAH ANDA AKAN TERIMA NASIB YG SAMA... ITU TELAH ALLA JNJIKAN... BALASAN TIDAK SEMESTINYA DI AKHIRAT.. INGT LAH.... ALLAH MAHA ADIL... KEPADA SEMUA AMPUNKAN SALAH SILAP SAYA ANDAI TERKASAR BAHASA TERSASAR BAHASA... SEMUA INI ADALAH BENAR2 TERJADI JADI BERINGT LAH...
1 comments:
NICU syg..
neonatal intensif care unit..
just betulkan :D
Post a Comment