✿◕‿◕✿ About Me

Friday, January 27, 2012

Kursus Kahwin Mengikut Negeri


Berikut merupakan senarai pusat-pusat kursus yang menawarkan kursus pra-perkahwinan untuk anda pada harga berpatutan. Pusat-pusat kursus ini dibahagikan mengikut negeri masing-masing.
Johor
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Perak
Pulau Pinang
Kedah


Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri




Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang amat penting ini.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di Facebook ya. Cuma klik butang Share berwarna biru di bahagian sebelah sudut atas kanan imej artikel ini.


Posted by Encik Khairul in Artikel Perkahwinan

Thursday, January 12, 2012

Pesanan Dan Ganjaran Buat ISteri

♥ Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia perolehi pahala jihad.

 ♥ Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.

 ♥ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

 ♥ Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.

 ♥ Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.

 ♥ Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.

 ♥ Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat

 ♥ Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.

 ♥ Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.


credit to : pedoman 101

Wednesday, January 4, 2012

interview di melaka 2

esok nk pgi interview kt sini.... huhuhu doakan saya dapat job ni ye :D

Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Contact Details and Recommendations from Malaysia.com



ASSOCIATED EDUCATIONAL DISTRIBUTORS (M) SDN. BHD.

 550 Taman Melaka Raya, Melaka, Melaka, 75000
 +60 (0)6 284-4786








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace