✿◕‿◕✿ About Me

Saturday, August 20, 2011

Pembantu yang Tak Bertauliah

entry kalini saya nak kenal kan anda semua dengan pembantu kenit saya yang xbertauliah dalam hal2 masak memasak mahupun pembikinan kueh mueh..................

after kejadian

moral nya.... ini lah akibat nya kalau si kenit ni nk menolong buat kerja.... last2 kita yg kne tolg dia pulak....... hahahaa.... tpi sgt2 rindu pada budak kenit ni.......

before

Thursday, August 18, 2011

JOM BUAT KUEH RAYA : semprit dahlia






Friday, August 5, 2011

ROTI JALA :kes terdesak

dear ME,


hari ni aku rasa nk sangat buka puasa dengan roti jala.... ntah kenapa perasaan tu meronta2 hahaha.... jadi aku decide utnuk buat roti jala... 


jam menunjuk kan jam 3 ptg jadi aku dah mula kedapur keluarkan apa yang patut untuk hidangan petang ni... TAPI..... tibe2 aku baru teringat kan sesuatu perkasa penting.......................................


acuan roti jala
arrrggghhhh mcm mana boleh terlupa benda yg sangat2 penting ni.... so aku trus start kereta utk ke kedai..... abis 1 alor gajah aku cari acuan ni..... MALANGNYA....... 1 kedai pon xda..... :'( sedey gile....


p/s : mentang2 bulan puasa... semua org alor gajah borong abis acuan roti jala ek?


jadi aku terfikir kan sesuatu yg agak kreative  dan dalam keadaan DARURAT ni....... situasi camni apa saja boleh digunakan sebagai alternatif rite? :D hehehee


jadi ni la hasil nya acuan ciptaan saya dan hasil roti jala kami untuk berbuka..... Jadi apa wakalupon hahahahaahhaaha....... 






kesimpulannya.... :  kalau berangan2 nak buat sesuatu pastikan dlu semua kelengkapan cukup dan ada dalam keadaan baik.. kalau tidak..jadi mcm ni la... KELAM KABUTTTTT.... hhehehe 
jom cuma 

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace