✿◕‿◕✿ About Me

Friday, October 30, 2009

sahabat~



Sahabat yg Soleh Laksana Penjual Kasturi
Sedikit Kesannya Keharuman Melata

Sahabat yg Soleha
Kebaikannya Jadi Tumpuan
Keimanannya Terus Digilapkan
Ketaqwaannya dpt Ditingkatkan
Mengalahkan Syaitan yg Siang Malam
Berjuang utk Kerosakan

Tapi,
Sahabat yg Soleh
Rupa Paras Bukan Jadi Bandingan
Darjat & Pangkat Bukan Soal Pilihan
Yang Mulia Di Hati Budi
Asasnya Iman, Neracanya Taqwa

Sahabat yg Soleh
Menegur Kesilapan Agar Tak Berulang
Melarang dr Melakukan Kemungkaran
Mengingatkan dr Kealpaan
Tidak Setakat Menganggukan Kepala
Mengiyakan Apa yg Kau Kata

Sahabat yg Soleh
Ialah Di Sisimu pd Setiap Keadaan
Yg Meraikanmu pd Saat Kegembiraan
Yg Mendampingimu pd Saat Kesedihan
Yg Sanggup Berkongsi Kepentingan
Merealisasikan Sebuah Pengorbanan

Friday, October 23, 2009

PEMANDU..SILA AMBIL PERHATIAN:

SALAM PADA SEMUA..

PEMANDU..SILA AMBIL PERHATIAN:

Wednesday, October 14, 2009

open house - CANCELLED




PENGUMUMAN KEPADA SEMUA YG TELAH AKU WAR2 KAN SEBELUM INI..

MAJLIS RUMAH TERBUKA YG SEHARUS NYA BERLANGSUNG SABTU INI DI KEDIAMANKU (BANDAR TUN RAZAK)
TELAH DI BATALKAN ATAS SEBAB2 YG XDAPAT KAMI ELAK KAN...
DENGAN INI KAMI SEKELUARGA MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN ATAS PEMBATALAN MAJLIS INI...
HARAP MAKLUM

- saidatul @ etoi @ gaban_lily

Monday, October 12, 2009

SEJAUH MANA KEBENARANNYA? WALLAH HU AKLAM BIS SAWABBB!!

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan

dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...



Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".





UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

Thursday, October 8, 2009

7 Alasan Si Tampan Masih Single


Kalau diperhatikan daripada segi penampilan dan paras wajah, pasti semua wanita menyangka si dia sudah berpunya. Tetapi jangan mudah terpedaya kerana pada zaman ini terdapat ramai lelaki yang boleh dikategorikan sebagai kacak bergaya tetapi masih single.

Ramai wanita yang tertanya-tanya mengapa golongan sebegini selesa menjalani kehidupan solo tanpa seorang insan bernama kekasih di sisi. Mungkinkah mereka ini lelaki normal atau sebaliknya?

Untuk melunaskan segala pertanyaan tersebut, kini didedahkan tujuh alasan mengapa lelaki kacak masih single walaupun kehidupan yang mereka lalui serba sempurna.

1. Jual mahal
Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang 'biasa-biasa' sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

2. Persepsi sukar didekati
Wanita selalu berfikir bahawa lelaki yang kacak sukar untuk didekati. Apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Kononnya lelaki sebegini mempunyai ramai peminat dan pasti tidak akan memandang wanita seperti mereka.

Namun hakikat yang sebenarnya, mereka juga sama seperti lelaki lain yang suka bersosial dan didekati oleh golongan wanita. Apabila wanita berfikiran sebegitu, maka semakin tinggilah risiko untuk lelaki kacak terus single sampai ke tua.

3. ‘Maintenance’ tinggi
Ramai juga yang menganggap lelaki kacak selalunya memerlukan ‘maintenance’ tinggi setiap bulan. Maklumlah semuanya perlu diijaga rapi termasuklah pakaian berjenama, minyak wangi, kasut dan jam tangan. Apatah lagi produk lelaki semuanya mahal-mahal belaka hingga boleh mencecah sehingga ribuan ringit.

Oleh kerana itu, wanita sederhana jarang mahu memilih lelaki sebegini untuk dijadikan pasangan kerana mereka berasakan tidak berkemampuan untuk bergerak seiring. Namun mereka tidak sedar, tanggapan itu adakalanya tidak benar kerana ramai lelaki kacak yang sukakan sesuatu yang natural, ringkas, asli dan selesa. Oleh itu, ubah persepsi anda supaya tidak ramai lelaki kacak yang terus hidup solo.

4. Serik dikecewakan
Ada juga lelaki tampan yang memilih kehidupan solo kerana serik dengan pengalaman pahit yang mereka pernah lalui sebelum ini. Pengalaman dikecewakan oleh wanita menyebabkan mereka menjadi terlalu pemilih.

Walaupun banyak wanita yang menagih cinta mereka, namun dia sentiasa mengambil sikap berhati-hati kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Baginya dia tidak perlu mempersiakan hidupnya hanya kerana seorang wanita. Hanya wanita yang bijak mengambil hati dan tahu menghargai dirinya mampu melembutkan jiwa lelaki kacak yang semakin keras untuk menikmati cinta.

5. Terlalu memilih
Lelaki kacak selalunya hanya akan memilih wanita yang cantik untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup. Sikap terlalu pemilih yang diamalkan oleh golongan lelaki sebegini menyebabkan wanita bosan berdampingan dengan mereka. Akibatnya dia terpaksa menjalani kehidupan sendirian kerana merasakan belum menemui wanita yang benar-benar sempurna di matanya.

6. Terlalu banyak pilihan
Selain terlalu memilih, terlalu banyak pilihan di depan mata juga menyebabkan lelaki kacak sukar untuk membuat pilihan. Setiap wanita yang ada di hadapannya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Namun dia hanya boleh memilih satu daripada sekian banyak pilihan yang ada.

Untuk mengelakkan ada pihak yang berkecil hati, akhirnya lelaki kacak terpaksa menolak kesemua wanita yang hadir dalam hidupnya. Akibatnya, jadilah dia lelaki kacak yang terus single hingga ke hari ini.

7. Berkerjaya
Terlalu sibuk dengan kerjaya adakalanya membuatkan lelaki kacak terlupa untuk mencari cinta. Ini kerana lelaki tampan selalu merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa.

Oleh kerana itulah, cinta selalu menjadi nombor dua dalam hidup mereka. Namun mereka tidak sedar, usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka sukar untuk mencari teman wanita. Apabila merasakan sudah terlewat untuk mereka mencari pasangan hidup, akhirnya mereka memilih untuk hidp bersendirian sehingga ke akhir usia.

Wednesday, October 7, 2009

kisah lucu - Senyum selalu


Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,


Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum? 
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya!

Thursday, October 1, 2009

bunga pasrah yang tiada penghujungnya


telah lama ku patri
kepasrahan dalam diri
biar pun ujian ilahi
melanda setinggi gunung
ku tetap selam erti pasrah
dalam redho yang tak bertepi

telah lama jua aku mengerti
bahawa tidak indah kehidupan
tanpa pengorbanan
tanpa kepasrahan pada tuhan

ku renung kembali
kisah2 lama
perjalanan hidupku ini
x pernah bhenti
dari duka dn gmbira
yg bsilih ganti
bagai putaran roda

tanpa kepasrahan
siapalah aku utk mhadapi
onak duri ranjau ini...
dgn kesabaran dan kegigihan

telah jua kusemadikan
rasa sesal yang melanda di jiwa
agar aku bisa kemudikan layarku
dan taburkan bunga tawakal
serta sirami ia
dgn bunga pasrah
yang tiada pengujungnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace