✿◕‿◕✿ About Me

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Atok Legend! - Unchained Melody

menu santapan telingaku pagini
hebatttnyaaa atok ni ... meremang bulu romaku pepagi ni... layan plak tu. 2 3 kali spin :D


Wednesday, April 3, 2013

#WeChat - fenomena baru

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Applikasi WeChat
Mungkin ada diantara anda yang tidak mengetahui mengenai Aplikasi Instant Messenger (iM) iaitu WeChat.

Ianya sama seperti Whatsapps tetapi anda tidak perlu dedahkan no telefon anda kepada semua kenalan.

Ianya lebih kurang sama dengan BlackBerry Messenger (BBM) dimana anda hanya perlu berikan id anda sahaja.
Terdapat beberapa fungsi yang menarik, dimana pengguna WeChat yang lain boleh add anda di WeChat mereka dengan hanya scan QR code yang mengandungi id WeChat anda.

Terdapat juga fungsi seperti "Look Around" untuk mencari rakan-rakan yang menggunakan WeChat disekeliling anda.

Ianya boleh diinstall pada iPhone, Android Phone, Window Phone dan juga phone yang menggunakan platform Symbian OS.

Anda boleh juga add saya di WeChat id : etoi_kozek


Mari kita ramaikan komuniti Jom WeChat di Malaysia ini.






Thursday, October 6, 2011

Facebook Timeline



Berapa ramai daripada anda yang dah menggunakan Facebook Timeline? Kalau belum, boleh klik
"Sign Me Up" di https://www.facebook.com/about/timeline dan tunggu Facebook memberikan anda fungsi tersebut (atau gunakan akaun developer untuk terus menggunakannya).

saya sudah berjaya mendapatkannya :D



Kredit to Oh! Geekz.

Tuesday, October 4, 2011

Dear You

Malam ni aku xboleh tidur.... aku xpaham kenapa... tapi sekarang aku sedar mengapa mata ku begitu liat nk lelap... rupanya Allah nk aku sedar akan 1 kebenaran dan pengakuan ikhlas seorang kawan.....

You............ Aku rindu padamu
You............ Maafkan Aku
You............ Aku perlukan kamu
You............ Kau lah Sahabat sejati ku
You............ Jangan buat aku menunggu
You............ Jangan kau membisu lagi
You............ Ketahuilah aku sepi tanpamu
You............ Syurga ku Indah tapi .....
You............ 

hei.... berapa banyak YOU daaaa..... tapi tetibe aku teringat kan lirik lahu ELLA - SIMBIOSIS...


Pagi yang indah iniTersenyum sendiriCiak-miak burung di luar jendelaSeakan memanggil namamu
Jika ku punya mataNun di atas angkasaKan ku tengok dikau
Setiap ketikaDi mana saja kau beradaWalau di mana pun dikau beradaBerjalan atas bumi yang tua
Akan ku turut sertaBagaikan udaraSimbiosis di antara kita
 Aku tak pandai mengarang puisiTidak ku pandai bermadah berseniSatu kalimah yang ku seikhlas tahuHanyalah ku RINDU padamu


Aku rasa sesuai untuk ko YOU...... hahaha.... Cuma bukan feeling like loving couple la.. but loving frend...... my best fren.... :D

Monday, October 3, 2011

UNDIlah......

harini aku dengan husband saling berpandangan bila tgk beritadi tv yang memaparkan aksi2 menteri didalam parlimen.... bukan nk kata tpi terpaksa kata... mereka dah umpama haiwan yang kelaparan..seram nya bila dilihat.... jadi perkara pertama yang terpacul dari mulut husband setelah saling berpandangan tadi adalah......

yang..... jom check status spr be online jom........

aku bingkas bangun dan trus search  http://www.spr.gov.my/ untuk menyemak status pendaftaran
almaklum lah kami ni baru pertama kali nk mengundi...sebelum2 ni mmg xsuka akan politik kotor ni..tpi bila dah tersedar dan terhantuk dek vdeo klip yg bernas ni kami decide utk mengundi..... buat apa kutuk2 belakang... baik pilih org yg kita rasa betul2 boleh bat kerja.... kan....

ni URL website promo SPR ni..... http://www.undilah.com/ tpi sayang nya video yang bernas ni dah kne banned pula dari disiarkan di tv.... aku pon xpaham la kerajaan skrg..... bnda telus mcm ni xmau mengaku.. xmau mengaku negara ni mmg dalam masalah besar... hurmmm....

jom layan video ni.,,,,, :D





oleh kerana semangat yang berkobar2 aku trus aje create badge utk profile picture aku di FB hehee.. meh nk share kt sini..... shomelll kan :D hehehe

kalau korg pon nk buat juga boleh klik kt link dibawah ni : 
Link: www.picbadges.com/undilah/2282022/

anda juga boleh download picture berkenaan UNDILAH utk wallpaper laptop iphone ipad dan banyak lgi ..... link ada dibawah  ni :D

ENJOYYYYY~!!!!

Wallpapers

  1. Fullscreen
  2. Widescreen
  3. iPhone
  4. iPad

Direct Download




Wednesday, September 7, 2011

ROmpakan bersenjata di kedai mamak


PERINGATAN buat semua..... lepas ni hati2 la ek nk melepak... pikir 2 3 kali kalau yg nk wireless free tu... lepas ni mengeteh kt umah je la nmpaknya huhuhu




klik link untuk menonton video tersebut

Friday, August 5, 2011

ROTI JALA :kes terdesak

dear ME,


hari ni aku rasa nk sangat buka puasa dengan roti jala.... ntah kenapa perasaan tu meronta2 hahaha.... jadi aku decide utnuk buat roti jala... 


jam menunjuk kan jam 3 ptg jadi aku dah mula kedapur keluarkan apa yang patut untuk hidangan petang ni... TAPI..... tibe2 aku baru teringat kan sesuatu perkasa penting.......................................


acuan roti jala
arrrggghhhh mcm mana boleh terlupa benda yg sangat2 penting ni.... so aku trus start kereta utk ke kedai..... abis 1 alor gajah aku cari acuan ni..... MALANGNYA....... 1 kedai pon xda..... :'( sedey gile....


p/s : mentang2 bulan puasa... semua org alor gajah borong abis acuan roti jala ek?


jadi aku terfikir kan sesuatu yg agak kreative  dan dalam keadaan DARURAT ni....... situasi camni apa saja boleh digunakan sebagai alternatif rite? :D hehehee


jadi ni la hasil nya acuan ciptaan saya dan hasil roti jala kami untuk berbuka..... Jadi apa wakalupon hahahahaahhaaha....... 






kesimpulannya.... :  kalau berangan2 nak buat sesuatu pastikan dlu semua kelengkapan cukup dan ada dalam keadaan baik.. kalau tidak..jadi mcm ni la... KELAM KABUTTTTT.... hhehehe 
jom cuma 

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Wednesday, July 27, 2011

Virus “hi. how are you?” Serang Facebook



Salam dan selamat sejahtera. Virus “hi. how are you?” Serang Facebook? Mungkin sesetengah anda yang menggunakan dan aktif berfacebook telah tahu tentang virus ‘Hi, How Are You” atau lebih dikenali sebagai Virus Koobface. Ada juga yang kata ini bukan serangan virus tetapi DDOS attack . Apapun Virus ini amat merbahaya dan susah untuk dikawal oleh antivirus. Virus ini menyerang laman-laman sosial yang popular seperti IM, Myspace, Facebook, Tagged dan banyak lagi rangkaian sosial yang lain. Setakat dari sumber yang dipercayai hanya format boleh meyelsaikan masalah Virus “hi. how are you?”. Sekarang tengah hangat diperkatakan tentangVirus “hi. how are you?” Serang Facebook. Jadi ambilah langkah berjaga-jaga semasa anda berfacebook. Apakah Virus “hi. how are you?”, dan Cara serangan Virus “hi. how are you?”.
Baca selanjutnya dibawah.
Cara Kerja Virus “hi. how are you?” Serang Facebook dan Bagaimana
1. virus tersebut tersebar melalui chat box/IM anda dimana dia bermula dengan
chat kepada anda melalui chat box milik rakan yang menjadi member anda….jadi anda rasakan umpama rakan anda yang menegur anda.
“hi. how are you?”
2.Kemudian korang reply pada chat tersebut , dia akan hantar
“Wanna laugh? ”
3. Selepas korang reply , dia akan menghantar
“It is you on the video ?)) want to see?)”
4. Selepas tu , dia akan hantar
satu LINK ….. link tu laa VIRUS ^_^(biasanya hanya link bernombor sahaja yang dihantar kepada anda.
Berikut adalah Cara Nak Hapus virus “hi. how are you?”
Jadi ambilah langkah elak Virus “hi. how are you?” Serang anda. Jangan jadi mangsa facebook digodam.Pastikan juga anda menggunakan antivirus yang original dan up to date pada laptop,notebook ataupun komputer anda.
Sekian post tentang Virus “hi. how are you?” Serang Facebook dan selamat membaca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace