✿◕‿◕✿ About Me

Showing posts with label HEARTLESS. Show all posts
Showing posts with label HEARTLESS. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

gambaran jelas cara mudah utk kita BERSYUKURRR..



SAYA SGTTTT ADMIRE MEREKA INI. PENDEKATAN MEREKA SGTTTT MUDAH DIFAHAMI DAN SGTT SIMPLE NK IKUT..... BERHANTUK KEPALA JUGA KALAU TERKENE BATANG HIDUNG KITA TU TAU .....

ENJOY THE VDEO...

Monday, March 4, 2013

My Body Is So Amazing - Woman






Thursday, February 21, 2013

my baby kini dah 18 MInggu

pada ketika ini berat saya menurun sebanyak 2kilo... nurse bising ckp sya xmakan padahal semua benda aku bantai hehehe tpi xpa tgk berat baby dgn perkembangannya dia nampak ok dan sihat. semoga anak mama lebih sihat dan baik2 saja hendaknya.

next checkup pada 4 mac 2013 pula... tunggu result waktu tu pula ya.

Tuesday, February 19, 2013

10 Tanda Hamil


Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.


Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian..

Sunday, December 11, 2011

Feninnnn

Di LUAH mati mak
Di TELAN mati bapak


.………............................


Mood : BUNTU BUNTAL.....


........................................

Tuesday, December 6, 2011

Rindu

Rindu nya dengan baby mirza ni huhuhu.....

Monday, December 5, 2011

No TITLE juz

I HATE U ............ Moron!!!!

Thursday, November 24, 2011

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami dan Isteri di Akhirat Kelak?


entry kalini saya dapat dari http://www.informasi.my.... dah beberapa hari saya mencari jawapan dari persoalan ni dan akhirnya saya bertemu dan alhamdulillah kini saya faham... ni saya saja nk share dengan anda semua apa yg saya jumpa..jawapan yg sgt bermakna buat saya sbb setelah sekian lama persoalan ni bermain2 diminda sbb setahu sya masa belajar dlu ustazah ckp akan 1 perumpanaan 



Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
(Bukhari & Muslim)



persoalan yg berada dlm benak fikiran aku :
wanita ni terjadinya dari rusuk kiri lelaki yg merupakan suaminya di syurga..jadi sya dok bertnya2 la..kalau si wanita tu kawen banyak maka siapakah yg bakal meneman dia nnt di syurga dan siapa empunya rusuk tersebut (imaginasi kanak2) 


jadi jawapan ni sgt2 releven... sya tnpa malu mmg mengaku sya agak naif isu2 agama dan dlm proses untuk memperbaiki diri. 


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, November 17, 2011

DONT GIVE UP....... BANGUn..... Bangunnnn~......


harini aku buka fb dengan harapan nk cari kerja. lalu dlam sebuk meneliti beberapa page yang berkaitan dan berchatting dengan kawan andai ada lubang kosong tetibe aku terpukul dengan 1 artikel yang sangat memikat hatiku. disaat aku benar2 down syukur allah masih sayang kan aku dan telah membuka mata ku agar aku tidak putus asa. disini aku copykan utk kongsi dengan rakan2.


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,


“Siapa yang nak duit ini?”.


Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.


“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”




Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,


“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.


“Baiklah,” jawabnya,


“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.


"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.


Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.


Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.


Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.


Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


credit to : Melayu Boleh

Thursday, October 27, 2011

Semut Bewarna-Warni




Seorang lelaki berjaya menangkap gambar yang begitu indah, iaitu gambar semut berubah warna mengikut warna makanan yang dimakannya. Bapa kepada tiga orang anak, Mohamed Babu menangkap gambar peristiwa ini selepas isterinya, Shameem, menunjukkan semut berwarna putih selepas minum tumpahan susu.


Dia melakukan eksperiment dengan meletakkan gula cair berwarna dan melihat semut itu berubah warna dibahagian abdomen.


Sesetengah semut minum dari satu gula ke satu gula berwarna lain menjadikan warna yang baru di bahagian abdomen.


Mohamed Ba.bu atau dikenali Dr Ba.bu, seorang sainstis berusia 53 tahun itu menemui bahawa semut lebih suka warna gula yang lebih cerah seperti kuning dan hijau.


Dia berkata: ‘Idea untuk menangkap gambar tiba sebaik sahaja isteri saya menunjukkan semut berubah warna menjadi putih selepas minum tumpahan susu di dapur’


‘Saya menangkap gambar di ruangan taman untuk mendapatkan pencahayaan yang natural dan menyiapkan parafin set yang diletakkan gula berwarna diatasnya’ . ‘Saya mendapat semut yang banyak selepas beberapa minit dan menangkap gambar beberapa kalu untuk mendapatkan image yang berkualiti’


Selain itu, Dr Ba.bu daripada Mysore, selatan India berkata:
‘Abdomen semut adalah separuh lutsinar, ia mendapat warna daripada makanan yang dimakan’


sumber dri : http://www.facebook.com/ceciterilmu

Tuesday, October 25, 2011

►►AWASI LANGKAH ANAK ANDA YG MEMAKAI SEPATU CROCS!



Di The Gardens, Mid Valley City baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital. Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu. Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin teruk.

 Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak terbabit. Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The Gardens.

Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator. Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs agak bahaya dipakai mereka yang cuai. Diharap jika anda memakai kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang lagi.


 kredit: http://www.NurulAmir.com/

Wednesday, October 19, 2011

kasih ibu membawa kesyurga

kasih nya ibu membawa kesyurga
kasih nya saudara dikala berada......

kini aku rasa segalanya benar belaka setelah apa yg terjadi pada aku.....

sesungguh nya walaupon besar mana pon mungkin salah ibu kita tpi kita tidak berhak utk bersangka dan berbuat jahat kepada nya...kerana allah bayar cash didunia...... dan ingt lah....

sekali kita buat pada ibu kita sesuatu kejahatan atau kesilapan maka anak2 kita nanti akan membalas nya berlipat kali ganda...........

aku dah nampak semua itu didepan mata........... aku bersyukur aku diberi peluang utk melihat semua itu sebelum aku mempunyai anak sndri.... aku berjanji akan lebih menghargai ibu ku sehingga tamat nyawa ku dari badan........ dan buat seseorang yang telah melukakan hati ibu ku...... doa ku agar kau sedar bahwa kau sedang mengulangi silap yang konon nya telah ibu lakukan..... jadi ingt lah mendidik anak dari kecil.. jangan bila dan besar nanti baru kau sesal..........

Tuesday, October 4, 2011

Dear You

Malam ni aku xboleh tidur.... aku xpaham kenapa... tapi sekarang aku sedar mengapa mata ku begitu liat nk lelap... rupanya Allah nk aku sedar akan 1 kebenaran dan pengakuan ikhlas seorang kawan.....

You............ Aku rindu padamu
You............ Maafkan Aku
You............ Aku perlukan kamu
You............ Kau lah Sahabat sejati ku
You............ Jangan buat aku menunggu
You............ Jangan kau membisu lagi
You............ Ketahuilah aku sepi tanpamu
You............ Syurga ku Indah tapi .....
You............ 

hei.... berapa banyak YOU daaaa..... tapi tetibe aku teringat kan lirik lahu ELLA - SIMBIOSIS...


Pagi yang indah iniTersenyum sendiriCiak-miak burung di luar jendelaSeakan memanggil namamu
Jika ku punya mataNun di atas angkasaKan ku tengok dikau
Setiap ketikaDi mana saja kau beradaWalau di mana pun dikau beradaBerjalan atas bumi yang tua
Akan ku turut sertaBagaikan udaraSimbiosis di antara kita
 Aku tak pandai mengarang puisiTidak ku pandai bermadah berseniSatu kalimah yang ku seikhlas tahuHanyalah ku RINDU padamu


Aku rasa sesuai untuk ko YOU...... hahaha.... Cuma bukan feeling like loving couple la.. but loving frend...... my best fren.... :D

Monday, October 3, 2011

UNDIlah......

harini aku dengan husband saling berpandangan bila tgk beritadi tv yang memaparkan aksi2 menteri didalam parlimen.... bukan nk kata tpi terpaksa kata... mereka dah umpama haiwan yang kelaparan..seram nya bila dilihat.... jadi perkara pertama yang terpacul dari mulut husband setelah saling berpandangan tadi adalah......

yang..... jom check status spr be online jom........

aku bingkas bangun dan trus search  http://www.spr.gov.my/ untuk menyemak status pendaftaran
almaklum lah kami ni baru pertama kali nk mengundi...sebelum2 ni mmg xsuka akan politik kotor ni..tpi bila dah tersedar dan terhantuk dek vdeo klip yg bernas ni kami decide utk mengundi..... buat apa kutuk2 belakang... baik pilih org yg kita rasa betul2 boleh bat kerja.... kan....

ni URL website promo SPR ni..... http://www.undilah.com/ tpi sayang nya video yang bernas ni dah kne banned pula dari disiarkan di tv.... aku pon xpaham la kerajaan skrg..... bnda telus mcm ni xmau mengaku.. xmau mengaku negara ni mmg dalam masalah besar... hurmmm....

jom layan video ni.,,,,, :D





oleh kerana semangat yang berkobar2 aku trus aje create badge utk profile picture aku di FB hehee.. meh nk share kt sini..... shomelll kan :D hehehe

kalau korg pon nk buat juga boleh klik kt link dibawah ni : 
Link: www.picbadges.com/undilah/2282022/

anda juga boleh download picture berkenaan UNDILAH utk wallpaper laptop iphone ipad dan banyak lgi ..... link ada dibawah  ni :D

ENJOYYYYY~!!!!

Wallpapers

  1. Fullscreen
  2. Widescreen
  3. iPhone
  4. iPad

Direct Download




Thursday, September 22, 2011

Cantik | Tak Cantik


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...


Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email

Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

Wednesday, September 7, 2011

ROmpakan bersenjata di kedai mamak


PERINGATAN buat semua..... lepas ni hati2 la ek nk melepak... pikir 2 3 kali kalau yg nk wireless free tu... lepas ni mengeteh kt umah je la nmpaknya huhuhu




klik link untuk menonton video tersebut

Friday, July 22, 2011

kerinduan.........


Sgtttt rindu sama ini budak kenitttttt

Monday, February 21, 2011

u broke my heart



Saturday, February 19, 2011

cerita best sangat2 - crazy little thing called love

semalam ada masa lapang sebelum rehat untuk solat jumaat... aku layari fb dan tetibe aku tertarik dgn link yang kawan aku share kan.... hurm aku buka dan hayati cerita tu...wallawe mmg TERBAIK babe... huhuhuhU~ sedey happy lucu kesian mcm harao idup kite pon cmtu semua ada la.. siap watak tu nagis aku nangis die ketawa aku ketawa hehehe.... teringat dan rindu zaman sekolah dulu huhuhuH~

korg nak tau cerita apa? cerita dari negara thai yg sgt sweet... ha meh layari same2... dah 2 kali aku ulang cerita ni hehehe

TAPI SEBELUM TGK CERITA... LAYAN NI DULU...

layannnn~




crazy little thing called love << klik disini















pengalaman yang xkan aku lupakan.. perjalanan dari KL ke MELAKA yag sgt2 getir

Biasa lah harini JUMAAT so ptg lepas kerja mmg akan bersiap sedia nk ke melaka sbb miunggu ni hubby xnaik kl.kami PJJ mmg mcm ni la rutinnyer.. huhuhu spatutnya naik bus pkl 7mlm tp ttbe baru perasan lepas partner call ckp wallet tggl kt opis, so terpaksa la pth blk separuh jalan dengan terpaksa menempuh jam gile maklumla org balik keje smp pkl 715ptg cmtu. dah terlepas dah bus aku huuuhu~ tpi tiket xbeli lgi la xre la ralat sgt... so sesampai rumah trus capai laptop n beli tket bus MARALINER secara on9 pkol 9mlm . tetibe je mama masuk bilik muka agak pucat sbb die demam kot and mntk tlg "tolg beli nasi bgkus" pasal masing2 dah xlarat nk masak.... so aku start moto n pg prmaisuri smpi lbh kurg jam 745.

sesamai kt umah bergegas brsiap mandi semua smp 815 n terus grk ke TBS, otw ngn STAR LRT tu msuk guna kan TnGo(atau pon IC aku tu) .... smp ke tsik slatan nak keluar cari IC xda .... IC ble msplace lak... car punya cari delay smp 855. bru jmpa rupanya dlaam kocek seluar je.. tpi xperasan... aku rush lari pgi kauter "boarding pas" sbb nk kene tukar tiket sbb tdi beli tiket online xde pass..waktu tu dah tepat jam 9.10mlm. aku tnya " bus mara liner ke alor gajah ada lgi x ni? " dgn banggabrother tu ckp"SORRY KAK.BUS dh jalan" aku dah frust tpi xpe la kot2 ada bus lain... aku mnta bus lain dan malangnya jwpan mereka"bus kemelaka last pkol 9 kak... bus lain xde".aku ckp"dlu msa di bkt jalil ada bus smp 1030 npa sni xda?. he said"klu mc tu akak pgi la bkt jalil. sana masih ada yg beroperasi" - TERIMA KASIH SAUDARA.... CARA ANDA MELAYA CUSTOMER MMG SUPER "B"


aku rush amik teksi kt bawah n pgi bkt jalil.samapi around 925. cab bhnti je trus ada org bukak pntu.ingt ada nk rompak rupanya abg2 "ulat". tnya nk pgi mna sbb tkatnya kauter dh ttup tpi die ble tolg. aku tnpa pkir byk ikt je. ada 12 platfrm kt sna..1 1 aku tawaf cri pgi melaka. malangnya 1 pon bus ke melaka dah xda yg ada semua ke JB.. jadi xda option lain. nai bus ke jb n trun simpg 4 or ayer keroh. so setelah dicari xda 1 pon bus yg nk trun smpg4 cuma ada pon tol ayer keroh. aku bersetuju dgn alasan mereka akan trun kan aku kt "tol" ayer keroh.. aku saje double confirm.. btol2 kt tol kan bukan kt luar... mereka kata ok.. btol..
aku terus masukkan barang dalam bus dan tunggu bus jalan. sampai hampir 1015 bus masih xjalan.alasan xpenuh. tepat jam 1018 bus mula jalan dengan pemandu yang berbangsa india.


prjalanan diteruskan dn aku trlelap smp senawang sbb trlalu letih. bila sedar dh nk smp aku ke depan brtnya pada driver. "sya nk confirmkan. btol ke bus ni akan brhnti di tol ayer keroh?".. driver just pndang aku dgn pndangan yg sgt2 tajam n pastu trus pndang jalan balik tnpa jwb apa2.. aku dduk kt tmpt aku smula n twakal jgn ladie tinggl kan aku kt tepi jalan. papan tnda tnjuk jarak ada lgi 5km so aku call hubby to get ready. n bila smp aja disimpng keluar ke ayer keroh..terkejut pon ada dah sangka pon ada takut apatah lagi.. btol pon bus tu berhenti btol2 tepi jalan highway utk ke simpang ayer keroh..aku keraskan bdn tpi kne marah dgn driver. die kata "ei kak lu xmau trun ka? xmau kita trus.." aku dgn sedey trun bawah dan ambil beg baju kt bawah. blom smpat aku melintas jln yg gile laju kereta2 sekeliling tu dipandu. baru aku tau mmg bahaya cara aku memandu bila smpi ke simpang selalu nya... berbalik pda cita tdi.. sesudah je aku ambil beg n tutup pintu barang tu xsempat melintas lgi.. bus dah gerak tinggal la aku sorg2 kt stu.. pelan2 aku toleh kiri kanan n lari melintas. so bermula la perjalanan aku berjalan kaki sampai mengendong hand bag dan beg laptop yg berat gile n beg baju ala2 beg AF tu ansib baik ada roda... tetibe teringat plastik yang ada kotak kopi yang member order ble tercicir dalam bus tu... adoiiiiii apa nak jawab ni???? dan yg paling sayu hati aku.. kenapa la mereka kena kan aku mcm ni... dlm byk2 simpang kenapa la simpang yg paling jauh antara jalan besar dgn tol ni yg mereka inggalka aku. suasana seram jaln 1130 aku smp sane tdi..aku jalan kaki sorg sedag kan dikiri kanan aku tu hutan belantara. tuhan je tau perasaan aku tika tu..dengan selekoh2 yg banyak dan kenderaan dan mcm kalah di litar F1... dan ada siap trailer tu hon aku... salah aku ke? aku ikut jalan aku... sedey gile.. nagis aku call hubby..die siap mnta kebenaran jalan kaki ke dalamjuga tpi dihalang org security kt tol tu... aku terus kan berjalan smpa nampak flyover ada banner UNIKL tu.. lgi la sedey aku sbb dah jauh gile jalan pon bru smp situ.. jauh gile lgi nk jalan.. tgh kesat2 air mata tetibe ade kereta warna hitam jenis ape aku xtau berlalu dgn laju.. tetibe break.. aku dah risau..ada yg nk rompak aku ke.. pastu ie undur laju gile...then tingakap dbuka.. keluar kepala sorg wanita. free hair n cantik.. die tnya" akak dri manani? napa jlnsorg2..." aku ckp bus tu drop kan tpi jalan je.." die ckp "dah meh meh naik... "husband" die pon ckp meh kak naik meh..(aku anggap husband n wife la kot or myb bf n gf aku pon xtau).. so aku bukak pintu kereta n cuba masuk.. tetibe ade 1 lgi trailer panjang n laju masuk n siap hon kami ni kt tepi jln aku dh risau kreta tu kne rempuh sbb traier tu mcm susah nk break mengejut. bukan xmuat nk lalu tpi gatai je... so aku cepat2 asuk kereta. napak trailer tu cuba berhnti myb nk sound ke ape xtau a.. n aku naik je kereta tu pon gerak laju.. tingga trailer tu tepi jalan.. lantak die la.. bagus mereka berdua ni sbb aku pon xpsti akan buat perkara yg sama.. sape nk berhenti kalau xkenal sape2 kt tepi jalan cmtu.. msa tu dgn tercungap2 aku sedey pon ada sayu pon ada .. sbb xsangka akan ada org yg nk tolg.. huhuhu~ dorg tny... sure ke ni ada org tuggu kt tol. kalau xda kami hantar sampai rumah..perghh lagi aku terharu... sampai lepas tol tu just say2 thanx xde sempat nk tnya nama pa apa ka trus berlalu perkara tu. huhuhu masih ada yang prihatin di melaysia ni..xsangka huhuhu~ kepada mereka tu terimaaksih sgt2 uhuhuhu.... sesampai je kt tepi kereta hubby ku "waja MAU " tu... terkejut lak tgk owner kereta nya xda.... huhuhu.. cal2 then baru tau.. hubbby tunggu kt depan tol tu... sbb die xble masuk die tunggu situ... hehehe.. huhuhu.. nampak je hubby jalanmenuju ke aku dan kereta... tetibe sayu je ati.... huhuhuhU~


TAK SANGKA PERJALANAN DARI KL KE MELAKA BOLEH JADI SEGETIR INI....... INI LAH PENGALAMAN YANG TAK KAN DAPAT AKU LUPA KAN.. HUHUHU~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace