✿◕‿◕✿ About Me

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.



Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

Info dari Kevin Zahri

Tuesday, December 6, 2011

Hasil tangan si isteri buat suaminya

Hehehe.... Saja nak tayang yg aku dh pandai buat daging salai masak lemak cili api.... Heheeh myb pada korg bnda remeh tpi buat aku yg xpndai masak ni .... Perkara yg paling aku xreti adalah..... "nyala kan bara" ..... Wakakakak tu pasal aku ckap susah gile.... Ni dah kira 1 pencapaian yg bagus hehehe si samping kritikan juri ( en suami) yg begitu memberansangkan hehehe... Smp basah tiyak panas wkakak...Tahniah pada dri sya hehehe... Lepas ni kne banyak belajar lgidan tnya2 org... Bekerja keras utk masak makanan kegemaran hubby mmg suatu yg "adventure"
Wlakakaka.... Cewahhh poyooo

Tuesday, October 4, 2011

BREAKFAST + LUNCH :D : RECYCLE

breakfast +  lunch : macaroni with tomato sauce 
meatball plus kuah spaghetti semalam hahaha... jangan membzir xbaik dosa.... plus xtra cheese


Monday, October 3, 2011

Our Dinner Tonite : spaghetti meatball versi melayu (pedas gile)

Dear Me,


hehehehe mula kan bicara dengan ketawa.... mana x nya... tgk muka hubbby merah padam lepas makan dinner tadi...

hari ni dia request utk nk makan spaghetti sbb dia dah rindu nk makan meatball yg saya buat so searching barang dalam freezer semua ckup so... sbb kan dia nk sgt so dari ptg tu dia la yg tukang jadi pembantu chef....
dia kopek bawang n buat dadu... tomato..daging...cili semua la dia yg potong kan... so... sya pon rancak nya memasak lah pastu teringat sesuatu dalam kepala

ayg.... be suka makan spaghetti tpi be xsuka la spegati yg kt luar tu sbb masam sgt pastu muak... be teringin la nk yg pedas2 skit....

tetibe aku teringat kan apa yg pernah dia ckp dlu masa bulan puasa..... so... aku pon potong la XTRA cili padi.... hahaha kalau ikut bau nya xpedas sgt pon... hehehe but... dah makan mmg terangkat pedas hahhaaa... meatball pon ada cili padi mmg NAYA... hahaa... sabar ek bby... i just made ape yg u request hehehe.... :D

enjoy....



so resepi kalau u guys nk try memedas kan hubby korg hehehe

meatball



Bahan-bahan ( 4 org mkn tapi kami makan berdua je)

  • 500 gm daging kisar
  • 1 labu bwg besar dicincang
  • 2 @ 3 cili padi ditumbuk
  • 1 sk garam
  • 1 sk serbuk lada sulah
  • sedikit olive oil
  • 1/2 cwn breadcrumb
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. campurkan semua bahan dlm mangkuk sehingga sebati.
  2. kepalkan adunan membentuk bulat.
  3. masukkan meat ball ke dlm mangkuk thn oven.tuangkan sedikit olive oil di atas setiap meat ball.
  4. kemudian,bakar meat ball 210 darjah selama 40 minit.
  5. jgn terlbh letak olive oil.klu tak meat ball nmpk berminyak.




Kuah spagetti

Bahan-bahan

  • Bwg holland (potong kiub – kecil2)
  • 5 sdb cili kering (di blender).
  • 3 sdb cili padi (di blender kalau mahu pedas)
  • 1 botol sos spaghetti (apa-apa jenama boleh).
  • 5 sdb sos tomato / tomato puree
  • 1 keping Bay leaves
  • Black paper (tumbuk kasar)
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Dgn menggunakan minyak grill meatball tadi tumis bwg Holland hingga garing. Kemudian, masukkan cili kering + cili padi dan tumis lg hingga garing.
  2. Masukkan sos spaghetti dan sos tomato dan didihkan.
  3. Masukkan bay leaves, black paper dan meatball.Perlahan kn api.masak sekurang2 nya ½ jam hingga 45 minit. Jika kering tambah kan air. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Akhir sekali, masuk kan garam dan gula secukup rasa. Hias dgn daun ketumbar.




Thursday, September 8, 2011

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SAYA DAN SUAMI DI RUMAH BARU KAMI

 JEMPUT SEMUA KAWAN2 DAN SAHABAT HANDAI

Monday, September 5, 2011

martabak meggie utk minum petang





menu minum petang sorg2 dirumah ni gara2 dah xlarat nk makan segala sajian raya .... hahaha.... 


 menu : martabak meggi :D

cara nak buat nya simple sangat2

bahan :

  1. 4 bungkus meggie kari (4 hidangan)
  2. 2 - 3 biji telur (ikut gred)
  3. 150gm daging cincang
  4. 1/4 sayur kobis (cincang halus)
  5. sedikit garam
  6. sedikit serbuk perasa
cara:
  1. tuang sedikit minyak didalam kuali nipis.
  2. tuang kan daging + perasa meggie kari +secubit garam (perasa dah masin)
  3. goreng dalam 5 minit hingga air daging kering
  4. angkat kedalam mangkuk yg beraisingan
  5. rebus meggie bersama air menyikut sukatan pada paket maggei tersebut hingga kembang
  6. tos kan meggie dan tuang ke dalam mangkuk berisi daging cincang
  7. masukkan kobis cincang bersama
  8. ambil telur dan pecah kan didalam mangkuk lain dan pukul kembang
  9. setelah telur kembang masukkan telur kedalam mangkuk daging dan maggie tadi
  10. gaul kan rata
  11. panas kan kembali kuali nipis dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
  12. gunakan senduk besar sebagai sukatan dan masuk kan meggie yang bersalut telur dan daging kedalam kuali ( 1 senduk)
  13. rata kan didalam kuali dan goreng hingga garing. balik2 kan hingga masak
  14. ulang langkah 11 dan 12 hingga semua adunan dalam mangkuk habis
  15. boleh hias dan hidang kan

selamat mencuba :D

Saturday, August 20, 2011

Pembantu yang Tak Bertauliah

entry kalini saya nak kenal kan anda semua dengan pembantu kenit saya yang xbertauliah dalam hal2 masak memasak mahupun pembikinan kueh mueh..................

after kejadian

moral nya.... ini lah akibat nya kalau si kenit ni nk menolong buat kerja.... last2 kita yg kne tolg dia pulak....... hahahaa.... tpi sgt2 rindu pada budak kenit ni.......

before

Friday, August 5, 2011

ROTI JALA :kes terdesak

dear ME,


hari ni aku rasa nk sangat buka puasa dengan roti jala.... ntah kenapa perasaan tu meronta2 hahaha.... jadi aku decide utnuk buat roti jala... 


jam menunjuk kan jam 3 ptg jadi aku dah mula kedapur keluarkan apa yang patut untuk hidangan petang ni... TAPI..... tibe2 aku baru teringat kan sesuatu perkasa penting.......................................


acuan roti jala
arrrggghhhh mcm mana boleh terlupa benda yg sangat2 penting ni.... so aku trus start kereta utk ke kedai..... abis 1 alor gajah aku cari acuan ni..... MALANGNYA....... 1 kedai pon xda..... :'( sedey gile....


p/s : mentang2 bulan puasa... semua org alor gajah borong abis acuan roti jala ek?


jadi aku terfikir kan sesuatu yg agak kreative  dan dalam keadaan DARURAT ni....... situasi camni apa saja boleh digunakan sebagai alternatif rite? :D hehehee


jadi ni la hasil nya acuan ciptaan saya dan hasil roti jala kami untuk berbuka..... Jadi apa wakalupon hahahahaahhaaha....... 






kesimpulannya.... :  kalau berangan2 nak buat sesuatu pastikan dlu semua kelengkapan cukup dan ada dalam keadaan baik.. kalau tidak..jadi mcm ni la... KELAM KABUTTTTT.... hhehehe 
jom cuma 

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Thursday, July 21, 2011

Sarapan pagi : makaroni goreng + teh O



sarapan pagi ni :D jemput semua menyantap hehehhee.....

Wednesday, July 20, 2011

Sarapan Pagi : Bihun Goreng + teh O


sarapan yang merangkap makan tgh hari
hehehe enjoy.....



Tuesday, February 8, 2011

"MENGIDAM LAGI..."Edisi PUTU PERAK pulak - ngado2



keinginan aku menggila lagi.... lepas 1..1... semua org ingat aku dah ada isi dek kerana kerenah aku yg dok "mengidam" sampai dah 27 tahun xabis2... hehehe org lain mengidam nyer sampai 9 bulan je.... sabar je la ek en suami... dapat isteri mcm ni.... hehehe

so kali ni aku sangat2 ingin kan makan PUTU PERAK.. heheh setelah dekat 2 tahun xdpt makan ok.... "refer page ni".. so now aku dah dengan xsabar2 meng"googling" hehehehe.... so byk gambar2 yg aku dapat sebagai pengubat rindu heheh... antaranya..


gambar hiasan from google :D


maka..... setelah menelek2 gmbar tersebut... kini keinginan aku makin bertambah...dan dah xdapat lgi nk mengawal nafsu ni..., lelele.... lalu aku tnyer mama dengan muke seposen...
aku : ma..... ma pandai x buat putu perak?
mama : (dengan selambe + spontan) NTAH..... nape?
aku : erm erm... xde pape la.... (trus xde point nk ckp lgi dah)
oleh kerana mama pon dah kasi ayat mati cmtu jadi sekali lgi la aku googling..... jadi ni yg aku dapat..... wakakaka...~ syoik siok weh... jadi tunggu hasilnya nanti ek... hahaha... sape2 nk kongsi ble le ambil hehehe~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace