✿◕‿◕✿ About Me

Friday, June 7, 2013

doa amalan supaya mudah bersalin


Wednesday, June 5, 2013

amalan ibu ketika hamil


Wednesday, May 15, 2013

doa buat anakku "doa buat anak yg masih dalam kandungan"



"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.


Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"


AMIN.... In Shaa Allah...

lagu2 best utk senaman abdomen hari ini :D

memandangkan hari ni xda buat apa dirumah dan dah lama juga x 

ke karaoke so aku decide utk menyanyi sensorang dirumah.

so sape2 yg rasa nk join jom kita.....

enjoy~~! 

1) AGNES MONICA TERUSKANLAH





2) Agnes Monica - Matahariku





3) Alyah-Kisah Hati





4) Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang




5) Nera AF9 - Hatimu Milikku

gambaran jelas cara mudah utk kita BERSYUKURRR..



SAYA SGTTTT ADMIRE MEREKA INI. PENDEKATAN MEREKA SGTTTT MUDAH DIFAHAMI DAN SGTT SIMPLE NK IKUT..... BERHANTUK KEPALA JUGA KALAU TERKENE BATANG HIDUNG KITA TU TAU .....

ENJOY THE VDEO...

Friday, April 5, 2013

RESIPI SEMASA PANTANG - PEGAGA MASAK LADA HITAM


PEGAGA MASAK LADA HITAM

Bahannya:

  • Sedikit santan pekat
  • Lada hitam (lebihkan)
  • Ikan bilis putih
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam


Caranya:
1. Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
2. Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.
3. Biar pekat.
4. Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

RESIPI SEMASA PANTANG - TURI MASAK ASAM REBUS


TURI MASAK ASAM REBUS

Bagus Utk Menambah Susu Ibu.

Bahannya:

  • Daun Turi
  • Ikan Bilis
  • Asam Keping
  • Bawang merah
  • Kunyit Hidup
  • Ikan Bilis
  • Lada merah


Caranya :

  1. Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. 
  2. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlah diangkat.


Thursday, April 4, 2013

Berbeku . BbQ

Ntah kenapa sekarang melonjak2 keinginan nk buat mcm2 perkara :) antaranya adalah nk berbbQ dgn adik beradik semua serta saudara mara.. Sejak pemergian arwah abah setahun lalu kami xpernah pon buat. Dulu hobi arwah adalah jemput semua sedara mara berkumpul di kampong mama di felda trolak selatan dan kami akan membakar2 ikan2 subgai seperti kegemaran arwah... Ikan keli.. Ikan pelotan.. Ikan mcm2 sya pon xtau nama yg ada tulang2 Y tu hehehe sya xminat tu xingt nama.. Plus air adam cicah yg arwah abah buat sgtttttt sedap... Rindunya ... Nak biat lgi... Huhu







RESIPI SEMASA PANTANG - LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH


LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH

Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu…

Bahannya:

  • Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
  • Sedikit ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang Putih
  • Lada merah


Caranya:

  1. Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
  2. Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

Atok Legend! - Unchained Melody

menu santapan telingaku pagini
hebatttnyaaa atok ni ... meremang bulu romaku pepagi ni... layan plak tu. 2 3 kali spin :D


Wednesday, April 3, 2013

Bertahan lah wahai hati...

Wahai hati...
Jangan midah terluka
Ampunkan lah dia
Kerana tiada syurga buatmu
Tanpa dia


AMALAN IBU MENGANDUNG DAN MENGUATKAN RAHIM



1) Membaca ayat2 selusuh.

2) Untuk mudah beranak: Surah Maryam.

3) Untuk cantik: Surah Yuusuf.

4) Untuk cerdik: Surah Luqman

5) Untuk kuatkan rahim: as Soffat - khususnya kepada ibu yang selalu keguguran.

6) Untuk banyak susu: al Hujuraat

7) Untuk anak kuat iman: al Ikhlas

8) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / doktor: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

9) Kuat agama / ulamak: Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak.Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

Sebolehnya biarlah si ibu yang amalkan... atau boleh juga ayah yang bacakan.. atau paling lekeh pun belilah cd ayat2 al Quran terbabit dan pasangkan secara rutin di rumah... Gantikanlah lagu2 laghaa dari radio dan rancangan hiburan di rumah dengan alunan serta lantunan bacaan ayat suci al Quran atau untaian selawat @ gasidah sentiasa DI RUMAH ANDA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace