Pages
▼
Thursday, March 15, 2012
DIA TIDAK BEKERJA?????
Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.
Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????
Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????
Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!
Fikir2kan dan renung2kanlah.......
Friday, January 27, 2012
Kursus Kahwin Mengikut Negeri
Berikut merupakan senarai pusat-pusat kursus yang menawarkan
kursus pra-perkahwinan untuk anda pada harga berpatutan. Pusat-pusat kursus ini
dibahagikan mengikut negeri masing-masing.
Johor
Kuala Lumpur
- Jalan Klang Lama
- Putrajaya
- Wangsamaju
- Cheras
- Cheras (Berdekatan Giant Taman Connaught)
- Bangsar
- Damansara
- Bandar Tun Razak
- Gombak
- Masjid Negara
- Jalan Silang (Berdekatan Puduraya)
- Jalan Raja Laut (LPPKN)
- Taman Tun Dr. Ismail
- Jalan Raja Laut (Medan Mara)
- Jalan Tuaku Abdul Rahman (Medan Tuanku)
- Setiawangsa
- Jalan Tuanku Abdul Rahman (Pertama Kompleks)
Melaka
Negeri Sembilan
Selangor
Perak
Pulau Pinang
Kedah
sumber dari : http://kursusperkahwinan.com
Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri
Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi
pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya
ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang
anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang
amat penting ini.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara
yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar
terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini
bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami.
Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan
pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada
asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak
di bahu suami:-
- Menjaga anak
- Menyediakan makan-minum isteri
- Mengurus segala keperluan rumahtangga
- Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
- Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam
kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa
untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti
di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan
besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan
bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam
rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam
hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada
isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai
ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara
maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika
isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda
seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit
kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga
suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan
anda di Facebook ya. Cuma klik butang Share berwarna biru di bahagian sebelah
sudut atas kanan imej artikel ini.
Thursday, January 12, 2012
Pesanan Dan Ganjaran Buat ISteri
♥ Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia perolehi pahala jihad.
♥ Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.
♥ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
♥ Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.
♥ Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.
♥ Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
♥ Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat
♥ Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.
♥ Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.
♥ Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.
♥ Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
♥ Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.
♥ Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.
♥ Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
♥ Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat
♥ Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.
♥ Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.
credit to : pedoman 101
Wednesday, January 4, 2012
interview di melaka 2
esok nk pgi interview kt sini.... huhuhu doakan saya dapat job ni ye :D
| Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Contact Details and Recommendations from Malaysia.com |
ASSOCIATED EDUCATIONAL DISTRIBUTORS (M) SDN. BHD.
550 Taman Melaka Raya, Melaka, Melaka, 75000
+60 (0)6 284-4786

