✿◕‿◕✿ About Me

Thursday, November 24, 2011

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami dan Isteri di Akhirat Kelak?


entry kalini saya dapat dari http://www.informasi.my.... dah beberapa hari saya mencari jawapan dari persoalan ni dan akhirnya saya bertemu dan alhamdulillah kini saya faham... ni saya saja nk share dengan anda semua apa yg saya jumpa..jawapan yg sgt bermakna buat saya sbb setelah sekian lama persoalan ni bermain2 diminda sbb setahu sya masa belajar dlu ustazah ckp akan 1 perumpanaan 



Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"
(Bukhari & Muslim)



persoalan yg berada dlm benak fikiran aku :
wanita ni terjadinya dari rusuk kiri lelaki yg merupakan suaminya di syurga..jadi sya dok bertnya2 la..kalau si wanita tu kawen banyak maka siapakah yg bakal meneman dia nnt di syurga dan siapa empunya rusuk tersebut (imaginasi kanak2) 


jadi jawapan ni sgt2 releven... sya tnpa malu mmg mengaku sya agak naif isu2 agama dan dlm proses untuk memperbaiki diri. 


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 - Born With Nothing | Death With Everything - is proudly copied by herself..hahaha :D
Visit her at Friendster and also Myspace